Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia
dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah
masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India
juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan
tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India
mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas
terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada
pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam
masyarakat India secara umum.
Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui
perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir
hayat.Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat
thirumanam,tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini
dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.Antara adat yang dilakukan untuk
menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang
dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya,memberi sireh,
mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti
(bapa mertua) serta sari (ibu mertua)dan wang.Biasanya pasangan pengantin akan
bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu
bercampur pisang di dalam sebiji gelas.Upacara ini menandakan pasangan ini
secara rasmi telah menjadi suami isteri
Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang
tersendiri bagi kaum mereka tersendiri.Bagi kaum india mereka merayakan
perayaan mereka seperti deepavali,thaipusam,dan ponggal bagi setiap tahun.Bagi
perayaan Deepavali,penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan
penyucian badan dan semangat.Selepas upacara penyucian yang melambangkan
permulaan yang baru,penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa
hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula,merupakan
perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi.Tidak
semua penganut hindu melakukan Nazar.Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu
hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan,maka satu acara
tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.Bagi ponggal pula,perayaan ini
diraikan secara beramai-ramai.Iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang
kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat,bertujuan untuk menandakan masa
mereka menuai hasil tanaman.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka
yang lama terpisah.Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari
masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.
Permainan Tradisional Masyarakat India.
Kabadi ialah sebuah permainan yang dibentuk dalam permainan
tradisional India. permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar
dengan meluas di Asia Tenggara, Jepun
dan Iran. Ia adalah permainan bangsa India, dan juga meluas di Tamil Nadu,
Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Selain itu, kadabi juga
dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan
dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.
Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri
daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m X 10m (sama
dengan separuh daripada gelanggang bola keranjang).
Setiap pasukan mengandungi seramai 5 orang pemain simpanan.. Permainan ini dilangsungkan selama 20minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian badan mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan.

Setiap pemain terkeluar, pihak lawan akan mendapat markah.
Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan
akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi
merupakan pemenang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat.
Permainan ini terdiri daripada seorang pengadil dan dua orang pembantu
pengadil, seorang penjaring dan dua orang pembantu penjaring.
Untuk maklumat lanjut sila klik Budaya Kaum India